DAY 31 – Sri Tanjung Tomyam & Satay Hamid @ Tanjung Tokong, Penang

Dalam bulan Ramadhan ni, Klieo nak recommend tempat makan tomyam dan satay yang best sangat. Kalau ada berdekatan, bolehlah datang berbuka puasa bersama family di sini.

Sri Tanjung Tomyam Seafood and Satay Hamid di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Banyak kali sudah Klieo ke sini. Setiap kali teringin nak makan tomyam ker satay, ni lah tempat tujuan.

Kedai makan Sri Tanjung Tomyam Seafood.
Tomyam seafood kegemaran Klieo!

Tomyam di sini memang sedap. Cukup rasa, cukup pedas! Ada juga beberapa pilihan macam tomyam ayam dan tomyam campur. Harganya berpatutan dan lauk dalam tomyam mereka ni memang banyak. Bukan macam kebanyakkan tempat yang Klieo pernah pergi. Sup jer yang banyak, nak makan lauknya, memang kena pancing dengan sudu.

Ikan Siakap Stim Limau.

Omg! Ini lagi satu kegemaran Klieo! Tomyam dah banyak kali makan tapi ni kali pertama. Boleh dikatakan love at first bite lah. Biasanya Klieo pergi dengan seorang kawan jer. Jadi taklah order lauk banyak macam ni. Selalunya order mee atau nasi goreng dengan tomyam. Tapi kali ni pergi 3 orang, bolehlah cuba banyak sikit. Masa kita berdiri tunggu tempat duduk, ternampak lauk ni. Terus order lepas tu.

Kalau kamu suka makanan yang masam, pedas dan banyak bawang putih, ni must try! Boleh habis nasi lima pinggan dengan lauk ni. Haha! Yang Klieo nampak dalam menu, boleh pilih masak guna ikan siakap atau ikan bawal. Kita pilih ikan siakap. Fresh! Adui…nampak gambar ni, terliur sudah Klieo!

Kangkung sambal belacan.

Ah lauk ni, boleh dikatakan tak fit sandard Klieo lah. Manis, basah dan tak pedas langsung. Rasa belacan pun tak ada. Tapi rasanya bukan tak sedap, cuma ni bukan kangkung sambal belacan yang biasa kita makan. Agak disappointed juga lah. Kawan Klieo memang tak sentuh tapi bagi Klieo ok juga. Cuma kalau tak bagi tau, memang kamu takkan guess lauk ni sebenarnya kangkung sambal belacan.

Ikan stim limau, tomyam seafood, kangkung sambal belacan dan 2 pinggan nasi putih, semuanya RM51.50.

Klieo cuma ingat harga ikan RM28.00. Yang lain tak ingat dah. Sorry yer, Klieo ni blogger tak berpengalaman. Cuma ingat makan jer. Lol!

Cuma satu jer complain Klieo yang kecil, minumannya tak sedap sangat. Tapi tak apa, itu bukan main thing. Hahaha!

Tempat sama dengan Sri Tanjung Seafood ni, ahhhh…. ada stall satay awesome! Satay Hamid! Setiap kali datang, mesti order!

Satay ayam dan daging.

Satay sini wangi, lembut dan langung tak kering atau liat. Biasanya kalau satay daging lembu ni memang liat sikit tapi satay sini tidak. Satay ayamnya pula tiada ditambah dengan kulit ayam. Biasanya Klieo lebih suka yang ditambah kulit ayam sebab kalau tidak, ayamnya kering dan keras tapi ni tidak. Berjus satay ni!

Satay ayam 80 sen secucuk, satay daging pula 90 sen secucuk.

Dalam semua satay Melayu yang Klieo pernah makan, nilah yang paling best. Kuah kacangnya mempunyai rasa pedas, lemak, masin dan manis yang secukupnya. Kalau Klieo tak order nasi dengan kedai makan Sri Tanjung, memang Klieo akan order nasi himpitnya sekali.

Tuan punya satay Hamid ni pun sangat friendly. I tak 100% pasti yang tu tuan punya stall lah tapi 99% ya kot. Hehehe. Dulu first time Klieo ke sana, pakcik tu datang jenguk kuah kacang dah habis ke belum. Nampak jer habis, terus bagi refill kuah. Kita minta tambah kuah ker, nak tambah timun, bawang ker, memang dilayan pakcik ni.

Satay Hamid.

Satay Hamid ni ada menerima tempahan dan buat katering. Kalau berminat boleh hubungi:- 016-4582431/ 012-5890074

Waktu perniagaan: 7.00 petang hingga 12.00 tengah malam (Ahad cuti)

Pandangan depan dari jalan. Kat belakang tu, Sri Tanjung Seafood.
Pandangan dari tempat duduk Sri Tanjung. Ni dia, pandangan belakang pakcik friendly tu. Hehe.

Peminat tomyam dan satay ni, mesti datang. Kalau nak cuba tempat baru untuk berbuka puasa, bolehlah cuba tempat ni. Di tempat ni juga ada stall jual burger gourmet dan Western food. Kalau tak silap Sabtu dan Ahad tak buka. Pernah Klieo try burger dia, sedap jugalah. Mereka ada daging burger buatan sendiri. Ada burger kambing, lembu, burung unta, arnab dan banyak lagi. Ada juga grill lamb dan stik. Ni, Klieo review lain kali.

Sesiapa yang dah selalu ke sini, please komen lauk mana lagi yang sedap yang boleh Klieo try lain kali.

Tempat ni di tepi jalan bersebelahan Island Plaza. Boleh parking tepi jalan (please berhati-hati sikit dan jangan park dekat sangat dengan selekoh jalan) dan ada juga sebidang tanah kosong kecil yang kamu boleh parking kereta secara percuma. Kalau tak, park kat Island Plaza dan jalan kaki ke sini. Dekat jer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Proudly powered by WordPress | Theme: Baskerville 2 by Anders Noren.

Up ↑